fbpx
Loading

Perkhidmatan Sewa Kereta [Panduan & Tempahan Online]

Sabah Trans menawarkan perkhidmatan sewa kereta, perkhidmatan pemandu dan pajakan kereta. Perlukan kenderaan untuk percutian seterusnya di Sabah?

Menyewa kereta adalah salah satu pilihan terbaik apabila bercuti di Sabah  kerana ianya memudahkan dan memberi kebebasan kepada anda untuk bergerak ke mana-mana sahaja dan bila-bila masa yang anda inginkan.

Namun demikian, menyewa kereta kadang-kadang boleh menjadi sulit apabila anda harus memilih tawaran harga yang lebih baik atau insuran yang bersesuaian dengan anda.

Tak kiralah anda menyewa kereta daripada perkhidmatan sewaan di lapangan terbang (airport) atau pun perkhidmatan luar, di sini kami senaraikan tips-tips yang dapat memudahkan anda.

1. Layari Galeri Kereta Sewa, cari kereta yang sesuai

Sama seperti membeli barang, anda kebiasaannya akan menemui tawaran terbaik di internet. Lakukan carian anda bagi mendapatkan kereta sewa yang menawarkan khidmat sewaan bagi jenis kereta yang anda minat.

Tempahan secara online memudahkan anda untuk membuat perbandingan harga atau tawaran, dan memilih tawaran yang terbaik sahaja, tanpa ada penjual mengekori anda ke mana-mana dan membuatkan anda rimas.

Sabah Trans ada menawarkan diskaun untuk mereka yang menyewa secara online dan mengikut tempoh masa tertentu.

Kadar sewaan sudah tentu berbeza-beza antara jenis-jenis kereta yang ada, bergantung kepada jenis kenderaan yang dipilih samada ada atau tidak, lokasi dan juga faktor-faktor lain.

Namun demikian, kadar sewaan bukanlah satu-satunya yang harus dipertimbangkan. Anda juga harus peka akan keperluan perjalanan anda.

Jadi semak jadual perjalanan anda kerana ianya boleh mempengaruhi anda nak sewa daripada pada waktu sewaan kereta yang tepat.

2. Sewa Kereta Mingguan Adalah Lebih Baik

Kadar mingguan selalunya adalah yang terbaik. pelanggan kami pernah melakukan survey di syarikat sewa kereta Sabah Trans, sebuah saloon-car saiz sederhana disewakan pada kadar harian RM 180.00.

Sebenarnya, kereta serupa boleh disewa pada kadar mingguan RM 882.00 sahaja, penjimatan lebih 30% jika anda menggunakanya untuk tujuh hari, dan tambahan 10% lagi jika anda memulangkannya setelah lima hari.

Jika anda merancang untuk menyewa selama lima hari atau lebih, pilih kadar mingguan.

3. Peka akan insuran

Apabila anda menyewa kereta, anda akan ditawarkan collision damage waiver (CDW) dan lost damage waiver (LDW).

CDW melindungi anda seandainya berlaku perlanggaran, manakala yang kedua, LDW pula meliputi aspek-aspek lain yang boleh yang memberi kesan ke atas syarikat sewa.

Kedua-dua jenis perlindungan adalah baik, namun tidak seandainya perlindungan serupa sudah termasuk dalam polisi insuran anda sendiri.

Kebanyakan polisi insuran menawarkan perlindungan liabiliti untuk melindungi anda sekiranya anda mencederakan seseorang dalam kemalangan; juga ada yang meliputi kerosakan kereta sewa melalui perlindungan komprehensif dan pelanggaran.

Semak polisi anda atau hubungi agen insuran anda terlebih dahulu unutk mengesahkan liputan yang anda miliki sebelum mendaftar sesebuah kenderaan.

Jika anda menyewa dengan menggunakan kad kredit, pembekal kad anda boleh membayar untuk kos kerosakan kenderaan yang berkaitan dengan kemalangan.

Semak dengan syarikat kad kredit anda terlebih dahulu untuk kepastian.

4. Tempah Awal di Sabah Trans

Ianya adalah fakta bahawa menempah awal membolehkan pesanan anda diutamakan dan kebiasaannya anda boleh mendapatkan kadar harga jauh lebih murah berbanding orang lain.

Kadar tersebut bergantung kepada berapa banyak kenderaan yang masih ada dalam lot Sabah Trans pada masa tempahan dibuat, jadi lebih awal lebih baik.

Buat tempahan anda sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.

Kadangkala adalah lebih bijak andai anda melakukannya 2 hingga 3 bulan lebih awal jika anda melancong pada musim puncak tempatan.

Semak dengan pembantu pelanggan Sabah Trans untuk maklumat lanjut berkenaan kalendar perayaan dan cuti umum.

5. Fikirkan kos prabayar minyak kereta

Kebiasaannya, penyewa mempunyai dua pilihan apabila melibatkan minyak kereta. Anda boleh membayar untuk tangki penuh dan mengembalikan kereta dalam keadaan tangki kosong (atau separa penuh), atau anda boleh memilih untuk mengisi minyak sendiri sebelum memulangkan kereta sewa tersebut.

Sabah Trans biasanya mencadangkan membayar terlebih dahulu tangki penuh akan memudahkan anda dan kadar yang lebih rendah yang ditawarkan dapat menjimatkan wang anda.

Sememangnya ianya memudahkan anda seandainya tangki penuh jadi anda tidak perlu mencari stesen minyak atau dalam keadaan bergegas ke airport dan sebagainya.

Namun, melainkan anda merancang untuk menggunakan setangki penuh minyak, prabayar mungkin akan menyebabkan anda membayar lebih untuk kos minyak anda, iaitu lebih daripada yang anda benar-benar gunakan.

Dari sudut kewangan, prabayar adalah idea yang kurang sesuai melainkan anda pasti yang anda akan menggunakan setangki penuh minyak kereta sewa tersebut.

Oleh itu, pilih strategi anda yang terbaik, Sabah Trans cuba mencadangkan yang terbaik untuk anda.

Sabah Trans Perkhidmatan Sewa Kereta Sabah
Sentiasa Berwaspada Apabila Memandu Kereta Sewa

6. Memilih Naik Taraf Kepada Kenderaan Besar

Sabah Trans juga ada menawarkan naik taraf percuma kepada kenderaan lebih besar. Kami mencadangkan melakukannya kerana memiliki ruang lebih besar tentunya lebih menarik dan selesa.

Namun demikian, seandainya tidak perlu untuk ruang tambahan, adalah lebih murah untuk tidak menaik taraf kereta yang ingin disewa.

Kenderaan yang lebih besar menggunakan minyak yang lebih, jadi ianya percuma menaik taraf kereta anda tetapi anda perlu menambah kos apabila perlu membayar lebih untuk minyak kereta.

Tepuk dada tanya selera, atau lihat muatan dan lihat saiz kenderaan yang anda ingin sewa.

7. Pengambilan kereta di Airport

Menyewa kereta di airport boleh menjadi lebih mahal kerana cukai dan juga kos yuran. Perkhidmatan sewa kereta Sabah Trans secara online dapat menjimat wang anda.

Satu kajian baru-baru ini oleh Travelocity menunjukkan bahawa menyewa di airport adalah 11.5% lebih mahal secara purata berbanding menyewa secara online tanpa kaunter lapangan terbang.

Untuk mengelakkan kos ini, adalah lebih bijak untuk membuat tempahan online dan pemandu penghantar kereta sewa Sabah Trans akan membawa anda ke tempat sewa kereta di pusat bandar.

Sebelum anda memandu dari pusat pengambilan kereta, periksa kereta tersebut dengan teliti jika ada kerosakan luaran. Pastikan lampu dan isyarat berfungi dengan betul, dan periksa odometer perbatuan.

Laporkan sebarang kecacatan jika ada. Biasakan diri anda dengan pengoperasian kereta tersebut sebelum bergerak pergi. Periksa di bahagian mana letaknya tangki minyak, belajar menggunakan lampu, wiper cermin depan dan menghidupkan isyarat.

Ianya mungkin jelas, tetapi anda juga pastinya ingin mengingat bentuk, warna dan sebagainya kereta anda – jadi anda tidak akan kehilangannya andai anda meletakkannya di tempat sibuk!

8. Memulangkan kereta sewa

Kadar sewa biasanya adalah 24 jam, dengan satu jam sebagai tempoh penangguhan untuk mengembalikan kereta.

Jika anda menggunakan kereta lebih daripada empat jam setelah masa sewaan tamat, adalah lebih berbaloi untuk menyambung sewaan untuk sehari lagi kerana kos lebih masa adalah satu perlima daripada kadar sewa harian.

Sewaan mengikut jam kebiasaannya jauh lebih mahal.

Sebelum meninggalkan kenderaan, pastikan anda tidak tertinggal apa-apa barangan peribadi. Jangan lupa untuk memeriksa kotak simpanan.

Barang-barang yang biasanya hilang termasuklah telefon bimbit, cermin mata hitam dan payung. Pastikan bahawa atendan daftar masuk memeriksa kereta di hadapan anda dan anda bersetuju dengan sebarang kerosakan.

Semak perjanjian perkhidmatan sewa kereta anda dengan cermat untuk sebarang caj dan pastikan mereka melakukan kredit mana-mana deposit ke akaun anda sementara anda menunggu.

9. Perkhidmatan Sewa Kereta: Caj Drop-Off

Caj tambahan biasanya dikenakan jika kereta dikembalikan ke bandar atau lokasi yang berbeza dari mana ia diambil.

Pastikan anda memaklumkan kepada ejen terlebih dahulu semasa membuat tempahan jika anda ingin memulangkan kereta di lokasi berbeza. Caj drop-off mungkin sudah disertakan dalam kadar sewa kereta.

10. Membawa si kecil bersama?

Seandainya anda melancong bersama bayi kecil anda, anda boleh menjimatkan banyak wang dengan membawa kerusi keselamatan bayi sendiri.

Syarikat perkhidmatan sewa kereta Sabah Trans biasanya akan mengenakan caj hampir RM 10 sehari untuk itu atau RM 70.00 bagi setiap sewaan. Jelasnya, ini mempengaruhi nilai yang agak besar dalam sewaan kereta anda.

Jadi, jika boleh, bawa kerusi keselamatan anak anda bersama-sama. Namun, Jika anda menyewa minivan, sebahagian minivan disertakan kerusi keselamatan kanak-kanak tanpa kos tambahan.

11. Baca perjanjian sewa anda

Baca perjanjian perkhidmatan sewa kereta anda dengan teliti dan tanya soalan-soalan yang perlu kepada agen pelancongan anda dan juga agen sewa kereta anda jika ada kemusykilan. Polisi yang dibicarakan ini mungkin berbeza antara syarikat-syarikat dan lokasi yang terlibat.


Baca Artikel: Sewa Kereta Murah VS Kualiti di Sabah

Comments (No Comments)

Comments (0):

Submit Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *