fbpx
Loading

Sewa Kereta Murah VS Kualiti di Sabah

Nak sewa kereta murah atau servis sewa kereta berkualiti yang anda pilih ketika bercuti di Sabah?

Kebanyakan orang hanya memikirkan kadar terendah apabila ingin menyewa kereta. Apabila melibatkan tempahan sewa kereta di Kota Kinabalu, ianya adalah tentang mendapatkan tawaran terbaik kereta sewa (nilai wang).

iaitu yang sesuai dengan keperluan anda berbanding hanya melihat kepada harga murah sahaja. Jadi, bagaimana anda tahu bahawa anda melakukan tempahan yang terbaik untuk kereta sewa anda?

Pertama, pastikan bahawa kenderaan yang anda perlukan menepati jumlah penumpang yang akan mengembara bersama anda. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk ruang tambahan bagi menempatkan bagasi tambahan untuk anda dan rakan-rakan anda.

Lihat juga pada kereta sewa lain untuk pilihan kereta biasa yang anda inginkan. Untuk pelancong tunggal atau pasangan, kereta sedan atau saloon  seperti Perodua Myvi atau Proton Saga biasanya memenuhi keperluan kategori ini.

Masa kini, kebanyakan kereta-kereta moden dilengkapi dengan penghawa dingin, tingkap kuasa, pusat kunci automatik, sistem anti-break dan juga pemain muzik seperti CD dan USB.

Apa yang berbeza adalah dari segi keupayaan enjin dan juga reka bentuk untuk keselesaan dan gaya memandu.

Adakah anda melakukan perjalanan jauh?

Adakah anda menyewa kereta sewa untuk tujuan perniagaan? Jika anda terbang dalam kumpulan 5 orang atau lebih dan ingin melakukan perjalanan selesa dan bergaya, anda mungkin ingin mempertimbangkan MPV yang memiliki enjin berkapasiti lebih besar seperti Toyota Innova.

Sewa Kereta Murah
Nak sewa kereta lihat pada harga atau kualiti?

Setelah anda menyenarai pendek jenis kereta yang diinginkan, sudah tiba masa untuk membandingkan harga.

Masalahnya, industri sewa kereta adalah sangat kompetitif dan perbezaan harga adalah amat kecil, jadi sukar untuk menentukan sewa kereta murah adalah mudah dicari.

Ambil perhatian pada caj ‘tidak jelas’ seperti insuran perlindungan, caj pickup atau drop-off untuk destinasi jauh, denda lewat dipulangkan, kadar minyak kereta dan servis-servis lain yang boleh dipertimbangkan dalam kiraan.

Adakah anda memerlukan tempat duduk keselamatan untuk kanak-kanak atau peranti GPS? Walaupun dengan kadar paling rendah, perbezaan sekecil ini akan hilang apabila anda menilai faktor-faktor lain yang dinyatakan tadi.

Adakah terdapat tempoh promosi, kadar khas atau kod diskaun yang boleh digunakan untuk kebaikan anda? Seperti yang dinyatakan sebelum ini, harga bukanlah satu-satunya faktor yang dipertimbangkan dalam memilih syarikat kereta sewa.

Adakah kereta tersebut dalam keadaan baik? Walaupun sukar untuk anda menentukannya kerana jarak yang begitu jauh atau kawasan berbeza, periksa samada syarikat kereta sewa tersebut menyediakan pengganti, seandainya berlaku kerosakan yang besar.

Apabila anda sudah menetapkan jenis kenderaan untuk disewa, buat tempahan anda seawal mungkinl.

Adalah lebih baik untuk mengesahkan perjanjian sewa kereta anda awal berbanding terlepas sebarang peluang kerana tempahan lewat.

Laman web tempahan kami dibuat untuk memudahkan anda membuat tempahan awal sementara anda meluangkan masa anda untuk detik-detik berharga yang lain.


Baca juga: Insuran Kereta Sewa: Haruskah Saya Membelinya?

Comments (1 Comment)

Comments (1):

Submit Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *