fbpx
Loading

Sewa Kereta Di Sabah: Tips Keselamatan Penting

Tips penting sewa kereta di Sabah: Sebagai seorang pemandu berpengalaman, anda mungkin sudah biasa dengan senario ini:

anda turun kapal terbang – terasa letih dan lapar – mencari kereta sewa, tandatangani perjanjian, masuk ke dalam kereta dan teruskan perjalanan.

Sekelip masa sahaja, anda sudah berada dalam kawasan sesak lapangan terbang yang sibuk dan menakutkan.

Walaupun anda cuba mengekalkan posisi di laluan anda, pemandu bas dan teksi yang memotong atau berlalu di sisi anda menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan waspada.

Mata anda melilau melihat kiri kanan, cuba mentafsir banyak tanda-tanda, dan tangan anda meraba-raba mencari punat untuk menghidupkan lampu, mengawal tingkap, melaraskan suhu dan banyak lagi.

Pendek kata, anda melakukan setiap kesilapan yang pernah anda lihat pada pemandu yang tidak berhemah.

Perkara pertama yang anda harus ingat apabila membawa kereta sewa ialah: anda tidak biasa dengan kereta itu.

Meskipun anda tidak biasa dengan lokasi dan persekitaran anda, hakikat bahawa anda tidak biasa dengan kereta yang anda bawa adalah punca terbesar kemalangan dalam jarak beberapa ratus kaki dari tempat mengambil kereta.

Berikut adalah bagaimana insuran perjalanan meliputi penyewaan kereta.

Sila semak tips-tips sewa kereta di Sabah ini sebelum anda menyewa kereta seterusnya.


1. Sebelum membuat tempahan kereta sewa

Syarat sebelum menempah sebuah kereta sewa adalah mendapatkan tawaran yang baik dan mengetahui pelan untuk menginsurankan kereta sewa anda.

  • Semak dengan pembekal insuran anda dan juga kad kredit anda akan perlindungan yang diliputi semasa anda menyewa kereta.

 

  • Jika anda memerlukan perlindungan tambahan – tambahkan dalam pelan insuran perjalanan anda ketika membelinya.

 

  • Semak dengan pembekal khimat perjalanan anda untuk melihat jika insuran anda merangkumi sewaan kereta di destinasi anda.

 

  • Sentiasa membawa lampu suluh kecil atau lampu bersama-sama anda. Anda perlukannya untuk melihat kereta anda jika anda mengambil kereta anda pada waktu malam.

 

  • memiliki kamera dengan flash – kami akan jelaskannya sebentar lagi.

2. Kaunter sewa kereta di Sabah

Di kaunter sewa, perkara utama adalah untuk memastikan anda mendapat harga yang anda jangkakan dan anda tahu siapa yang perlu dihubungi seandainya anda memerlukan bantuan ketika kecemasan kereta sewa rosak.

  • Tanya kepada wakil sewa kereta bila kali terakhir penyelenggaraan kereta tersebut dilakukan. Jika kerani tersebut gagal menjawab persoalan ini, anda sudah boleh mencurigai kereta yang anda hendak sewa.

 

  • Tanya siapa yang boleh dihubungi jika kereta yang disewa rosak atau sekiranya anda kehilangan kunci kereta sewa anda. Tulis nombor ini dalam surat perjanjian anda atau dalam telefon bimbit anda.

 

  • Dapatkan tisu dari bilik air sebelum anda meninggalkan pejabat kereta sewa – kami akan jelaskan kepada anda sebentar lagi.

3. Sebelum anda meninggalkan lot sewa

sewa kereta di sabah
Sentiasa semak juga keadaan dalam kereta

Apabila anda sudah memilih sewa kereta di Sabah, anda ingin pastikan bahawa anda tidak akan dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh orang lain dan kereta yang anda sewa tersebut secara relatifnya selamat dan dalam keadaan baik.

  • Kelilingi kereta sewa anda dan tangkap gambar bagi setiap bahagian. Jika ada kerosakan, tanda pada buku nota anda. Gambar tersebut akan membantu anda kelak sekiranya pihak agensi cuba menyabitkan anda dengan kerosakan tersebut.

 

  • Lihat tayar kereta anda untuk memastikan bahawa angin tayar berada pada kadar yang baik dan tiada sebarang bebenang yang mungkin menunjukkan tayar tersebut ada masalah atau tidak.

 

  • Semak odometer – jika kereta tersebut memiliki 25,000 batu dalam bacaannya, itu menandakan bahawa ianya kereta yang sudah lama digunakan dan anda harus waspada dengannya.

 

  • Buka bonet kereta untuk melihat tayar ganti jika ianya masih elok atau tidak. Juga semak perkakas yang perlu seperti jack dan juga pembuka skru roda sekiranya perlu menukar tayar (banyak keadaan di mana peralatan ini hilang dari kereta sewa)

 

  • Buka hud dan periksa tahap cecair – ini adalah mengapa anda harus membawa tisu tadi (dan lampu jika gelap). Jika anda tahu bagaimana untuk memeriksa minyak, bahan antibeku, air untuk cucian; satu semakan cepat adalah apa yang boleh dilakukan.

 

  • Masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin dan biarkan ia panas seketika sementara anda memeriksa signal minyak penuh dan laraskan suhu.

 

  • Biasakan diri dengan kereta. Laraskan tempat duduk dan cermin sisi dan atas, buka lampu kecemasan, semak punat kawalan cermin, wiper depan, lampu isyarat dan lain-lain lagi.

 

  • Apabila anda sudah bersedia, bawa kereta sewa anda mengelilingi lot: membelok, membrek dan mendengar akan sebarang bunyi pelik. Jika ada, ianya adalah masa yang paling tepat untuk tahu sebelum anda bergerak masuk ke jalan raya.

 

  • Jika anda tidak biasa dengan kawasan tersebut, rujuk peta atau sebarang papan tanda atau GPS anda. Kebanyakan agensi kereta sewa berada jauh dari lapangan terbang dan jika anda mengambil giliran yang salah, anda mungkin tanpa sedar berada di tempat tuntuan bagasi sekali lagi.

 

  • Jika anda sukakan muzik, hidupkan radio sebelum anda memandu keluar lot.

 

Ulangi langkah tadi untuk menyemak butang-butang kawalan yang ada untuk kepastian apabila anda sewa kereta di Sabah.


Baca juga: Sewa Kereta Sabah: Awas 10 Minit Pertama Sewaan

Comments (No Comments)

Comments (0):

Submit Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *