fbpx
Loading

Menyewa kereta di Kota Kinabalu: Tips Penting

Panduan & tips menyewa kereta di Kota Kinabalu: Pada hari ini sudah terlalu banyak agensi sewaan kereta di Kota Kinabalu, Sabah.

Walaupun anda boleh mencari di dalam direktori tempatan atan internet untuk membuat tempahan anda, terdapat beberapa perkara kecil, tetapi penting, yang anda harus tahu supaya anda akan berhasil mendapat yang terbaik di antara agensi-agensi yang ada

Ini adalah antara tips-tips paling asas tetapi penting.

Apabila anda menyewa kereta di Kota Kinabalu, perkara pertama ialah agensi atau syarikat-syarikat sewa kereta ini memiliki peraturan dan juga keperluan tertentu, yang dinyatakan dalam “syarat-syarat” mereka sebelum mereka membenarkan anda membawa kereta mereka pergi.

Juga, mereka boleh menolak permohonan anda seandainya mereka dapati anda bukanlah pemandu yang seperti mereka jangkakan.

Pemandu yang baik tentunya lebih digemari oleh syarikat-syarikat sewa kereta ini. Hal ini bermakna, jika rekod memandu anda bersih, mereka tidak akan teragak-agak untuk melepaskan kereta mereka untuk disewakan oleh anda.

Kadang-kadang, syarikat-syarikat sewa kereta ini mungkin meminta anda menyewa pemandu mereka untuk keselamatan anda dan keselamatan kereta mereka juga.

Sentiasa sopan dan jujur apabila diminta untuk menjelaskan tentang perjalanan dan destinasi anda. Mereka lebih cenderung untuk membantu anda.

Apabila menyewa kereta, sentiasa bersedia dengan lesen memandu anda yang sah dan juga kad kredit atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan berkaitan dengan perundangan.

Tanpa dokumen-dokumen ini (terutamanya kad kredit), adalah amat sukar untuk anda menyewa kereta. Sesetengah syarikat mengenakan caj pendahuluan yang boleh dipulangkan, jadi pastikan anda memiliki dana yang cukup di dalam kad anda.

Menyewa kereta di Kota Kinabalu Dengan Perlindungan

Menyewa kereta di Kota Kinabalu
Sentiasa menyemak senarai penting peraturan

Kebanyakan syarikat sewa kereta di Kota Kinabalu menyediakan insuran kereta. Sesetengahnya pula mungkin atau tidak menawarkan perlindungan peribadi dan biasanya anda perlu mendapatkan insuran anda sendiri.

Disebabkan kenaikan kadar kereta yang tidak dipulangkan atau kadar kerosakan kenderaan ketika dipulangkan, syarikat-syarikat sewa kereta kini semakin tegas dengan pelanggan mereka.

Untuk mendapatkan perkhidmatan mereka atau kereta pilihan anda, adalah lebih baik untuk membina kepercayaan keatas mereka. Lagipun, meskipun anda jarang sekali menggunakan perkhidmatan sewa kereta, adalah lebih baik untuk menjadi pelanggan yang boleh dipercayai.

Apa yang pasti, terdapat pelbagai pilihan kenderaan yang boleh dilakukan. Kenderaan mewah, pickup, van atau sedan, pilih kenderaan berdasarkan keperluan perjalanan anda.

Contohnya, jika anda ingin mendaki gunung di Sabah, adalah masuk akal anda menyewa 4WD (4 wheel drive) atau SUV (Special utility vehicle) seperti Toyota Hilux untuk memberikan anda kuasa yang diperlukan.

Anda mungkin perlu untuk membuat tempahan lebih awal terutamanya kereta yang mempunyai kadar permintaan tinggi.

Paling penting, menjadi pelanggan yang setia dan rasional. Tidak semua syarikat kereta sewa menawarkan kadar atau perkhidmatan yang sama, jadi adalah lebih baik anda melakukan penilaian keatas mereka terlebih dahulu apabila anda berpeluang.

Jangan lupa untuk melanggan dengan kami untuk mendapatkan maklumat terkini dan tawaran hebat daripada kami.


Baca juga: Tips Keselamatan Sewaan Kereta: [Rujukan Lengkap]

Comments (No Comments)

Comments (0):

Submit Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *