fbpx
Loading

Insuran Kereta Sewa: Haruskah Saya Membelinya?

Tips mendapatkan insuran kereta sewa: Agensi kereta sewa mempunyai polisi insuran yng mereka ingin jualkan kepada anda.

Mesksipun ada di antara polisi yang ditawarkan bermanfaat kepada anda, anda masih perlu mengkaji pelan (peruntukan, batasan dan pengecualian) sebelum membuat pembelian.

Adalah lebih baik untuk meminta maklumat terperinci daripada ejen sewa kereta terbabit, kerana laman web kebanyakan syarikat hanya menyediakan ringkasan sahaja.

Anda mungkin tidak perlukan perlindungan tambahan seandainya anda sudah memiliki perlindungan insuran kereta dan insuran kereta sewa daripada syarikat insuran kereta anda sendiri.

Secara umumnya, apabila anda menyewa kereta, perlindungan yang diberikan kepada kereta milik anda sendiri juga tertakluk untuk kereta yang anda sewa.

Di samping itu, perlindungan komprehensif dan pelanggaran juga diliputi oleh insuran sedemikian. Anda ada perlindungan insuran tersebut bukan?

Anda juga mungkin memiliki perlindungan insuran daripada pembekal kad kredit anda namun, adalah penting untuk anda membuat semakan.

Hal ini kerana, sesetengah kad hanya menawarkan perlindungan andai anda menyewa daripada agensi tertentu, kereta jenis atau kelas tertentu sahaja.

Sesetengah kad pula, perlindungan ini tidak automatik jadi anda harus melakukan pendaftaran terlebh dahulu.

Sesetengah kad mungkin melindungi anda untuk pelanggaran dan perlindungan komprehensif sahaja, manakala kecederaan diri dan kerosakan harta benda orang lain tidak tertakluk dalam polisi sama.

Insuran Kereta Sewa
Menguruskan Insuran Kereta Sewa Adalah Penting

Agensi kereta sewa biasanya menawarkan insuran kepada dua jenis perlindungan – Perlindungan daripada tuntutan orang lain dan Loss Damage Waiver (LDW) meliputi kereta sewa.

LDW bukanlah insuran teknikal; sebaliknya ia adalah perjanjian dimana syarikat tidak akan meletakkan tanggungjawab kepada pelanggan seandainya berlaku kerugian atau kerosakan ke atas barang dagangan.

Sebelum anda menyewa kenderaan, pastikan anda sedar akan caj yang mungkin dikenakan keatas anda dan bagaimana ianya dilindungi atau tidak oleh polisi insuran auto anda sendiri dan polisi yang ditawarkan oleh agensi sewa kereta.

Jika anda mengalami kerugian yang tidak dilindungi oleh polisi auto anda, periksa polisi insuran anda yang lain.

Sebagai contoh, jika harta peribadi telah dicuri dari kereta sewa anda, ia boleh dilindungi di bawah dasar pemilik atau dasar penyewa anda.

Begitu juga, polisi perubatan terrtentu mungkin meliputi kos kecederaan yang tidak dilindungi oleh polisi insuran kereta anda.

Seperti biasa, semak dengan syarikat pembekal insuran anda untuk mendapatkan kepastian akan apa yang dilindungi dan diliputi oleh insuran anda.


Baca juga: Kereta Sewa di Sabah: Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Comments (No Comments)

Comments (0):

Submit Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *